Thursday, 31 October 2013

Jenis-jenis Cara Pemprosesan Makanan

Pada masa kini, bidang teknolog:i makanan berkembang maju di Negara kita. Di sinilah terdapat beberapa factor perkembangan  :
(a)    Untuk mengelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma
(b)   Untuk memudahkan pencernaan
(c)    Untuk memperbaiki rupa makanan
(d)   Untuk mencegah jangkitan penyakit dan menambahbaikan kandungan nutrien yang terdapat dalam makanan

Manusia telah mengenalkan beberapa cara pemprosesan makanan, iaitu:
(a)    Pengetinan (canning)
Makanan diletakkan dalam tin dan dipanaskan pada suhu 116 dan -121,ditutup dan dipateri. Contoh makanan yang melalui proses pengetinan ialah kari daging, ayam dan tuna.  Kebaikan proses pengetinan merupakan makanan boleh disimpan lama dan senang dibawa ke mana-mana. Namun, kelemahannya merupakan tin mahal dan jika tin kemek akan menyebabkan makanan terdedah kepada jangkitan mikroorganisma serta bahan toksik dari tin.

(b)   Pempasteuran (pasteurization)
Pemanasan cecair pada suhu 63 selama 30 min. Makanan seperti susu, wain dan jus dihasilkan melalui proses pempasteuran. Melalui proses tersebut, kebanyakan mikroorganisma berbahaya dapat dibinuh, namun waktu simpanan adalah tidak lama dan pemprosesan jenis ini adalah khas untuk cecair sahaja.

(c)    Pendehidratan (dehydration)
Makanan akan dijemur di bawah cahaya matahari atau meletakkan makanan dalam garam. Penggunaan oven juga boleh dilakukan. Ikan masin, bunga kekwa, teh dan sayur merupakan contoh makanan yang melalui proses ini. Jisim makanan kurang dan senang dibawa.  Makanan tahan lama dan tidak mudah dijangkiti mikroorganisma. Rasa berubah dan kebanyakan vitamin termusnah.Pada masa kini, bidang teknolog:i makanan berkembang maju di Negara kita. Di sinilah terdapat beberapa factor perkembangan

No comments:

Post a Comment